Terma & Syarat-syarat

E-mail Cetak
Dengan melayari laman web Wawasan Info Network (dirujuk dengan singkatan Infonet selepas ini) http://www.infonet.com.my ini, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat-syarat berikut :-

  1. Segala informasi dan perisian di laman web ini adalah hak milik penuh Infonet dan tidak boleh dijual, diduplikasi, dicetak, dimiliki atau disimpan dalam cara dan format apa jua tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Infonet .
  2. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati sesiapa yang menjual, menduplikasi, mencetak, memiliki atau menyimpan informasi dan perisian hak milik Infonet dalam cara dan format apa jua pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Infonet .
  3. Infonet berhak melakukan penyuntingan, pembetulan, pengubahsuaian dan perubahan kepada terma dan syarat-syarat ini, dan juga sebarang informasi dan servis yang disiarkan di laman web ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan semasa pada bila-bila masa, tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis awal.
  4. Infonet berhak melakukan perubahan, pembatalan dan penundaan kepada jadual latihan bengkel untuk semua Pakej EkoWEB dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan semasa pada bila-bila masa, tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis awal.
  5. Infonet berhak melakukan perubahan harga, tawaran khas dan syarat-syarat untuk semua pakej EkoWEB dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan semasa pada bila-bila masa, tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis awal.
  6. Infonet berhak menolak atau menerima sebarang permintaan untuk menyertai dan membeli mana-mana pakej EkoWEB dan servis yang ditawarkan di laman web ini, tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Penempahan servis atau pakej EkoWEB tanpa membayar wang deposit dalam masa 24 jam dari waktu dan tarikh penempahan adalah dikira TIDAK SAH . Pihak Infonet tidak akan teragak-agak untuk menarik balik tawaran yang dijanjikan, atau membatalkan tempahan atau mengenakan syarat-syarat yang berasingan ke atas tempahan berkenaan.
  8. Perisian EkoWEB, CD backup dan fail-fail berkaitan dengan pakej EkoWEB hanya akan diberi selepas semua pembayaran diselesaikan.
  9. Bagi peserta / pembeli yang menggunakan khidmat 'web hosting' pilihan sendiri, perisian EkoWEB hanya akan dipindahkan (transfer) ke servernya selepas segala pembayaran dibuat.
  10. Infonet TIDAK bertanggungjawab ke atas segala kesulitan (difficulty) dan masalah (ERROR) yang timbul dari server 'web hosting' pilihan sendiri (bukan milik Infonet). Pembeli mesti bertanggungjawab penuh ke atas pilihannya sendiri. Cas pemulihan / penyelesaian masalah akan dikenakan bergantung kepada tahap kesulitan.
  11. Infonet berhak menolak penggunaan server 'web hosting' pilihan sendiri yang tidak sesuai dengan perisian EkoWEB atau yang bukan dioperasikan di Malaysia atau yang sangat lambat perjalanan datanya.
  12. Wang Deposit dan semua pembayaran tidak boleh dikembalikan.
 

Activation

Country

Top 5:
France flag 53%France (1294)
United States flag 18%United States (438)
Unknown flag 15%Unknown (377)
Taiwan flag 5%Taiwan (125)
Malaysia flag 4%Malaysia (91)
2453 visits from 34 countries

VisitorWatch

VisitorWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Login Ahli

Query VM Order Status

Order Number :

Order Status :